TERENGGANU NEGERI INDAH,TERENGGANU NEGERI MAKMOR,TERENGGANU NEGERI PENUH TRADISI,TERENGGANU KAYA ADAT DAN BUDAYA,TERENGGANU SARAT DENGAN DESTINASI PELANCONGAN,TERENGGANU MENGHIDANG SERIBU SATU MACAM KEISTIMEWAAN UNTUK DINIKAMTI, SEKALI SINGGAH PASTI TERENGGANU AKAN TETAP DI HATI   

Monday, July 19, 2010

Etok Makanan Eksotik Boleh Jadi Tarikan Pelancong ke Besut

Etok, mungkin ada antara kita di luar Terengganu terlalu asing dengan nama itu. Apa itu etok?



Etok ialah sejenis karangan laut yang hanya boleh di dapati di sungai air tawar.Bentuknya seperti lokan atau tiram tetapi bersaiz kecil.

Mula-mula sampai di Kuala Besut pada tahun 2005, saya terasa pelik bila terlihat beberapa pengunjung pasar lambak di Kuala Besut memegang bungkusan kertas berbentuk kun. Apa yang menghairankan saya ialah mereka berjalan dan memegang kun kertas tersebut sambil memakan sesuatu.Kalau di Johor bungkusan kertas kun tersebut biasanya digunakan oleh penjual kacang rebus.Tetapi di Kuala Besut ini bukan kacang rebus sebaliknya sejenis kerang kecil seperti lokan.




Bila terjumpa orang yang menjualnya barulah saya jelas ianya sejenis kerang seperti lokan, sama seperti yang pernah saya jumpa di Pantai Pengkalan Balak, Melaka.



Saya tanyakan kepada penjual tersebut nama binatang tersebut, katanya "ETOK".Etok inilah yang dimakan oleh mereka yang saya jumpa tadi, bukan kacang rebus.Etok yang dijual dan masak dan boleh terus makan.

Untuk mengetahui apa rasanya kami sekeluarga beli sebungkus.Dan...rasanya memang sedap, tinggal lagi ianya kecil,agak susah nak kopek cengkerangnya dan makan.

Bila balik ke Johor, saya cuba dapatkan maklumat tentang etok ini daripada beberapa orang guru yang berasal dari Besut.Ramai juga guru di sekolah saya yang berasal dari Besut.Antaranya ialah Ustazah Wan Anida.

Menurut Ustazah Wan Anida, etok ini diperolehi dari sekitar Kuala Besut.Dan ia memang banyak terdapat di sekitar Kuala Besut. Kalau nak makan etok ni bolehlah beli yang sudah masak atau beli yang segar di pasar awam Kuala Besut atau di pasar lambak mega Kuala Besut yang diadakan setiap pagi Jumaat.Pasar lambak atau dipanggil juga pasar mega ini memang rasanya besar sungguh, saya belum jumpa pasar lambak sebesar pasar mega Kuala Besut.Tapi rasanya macam sebesar di Shah Alam atau lebih besar rasanya.Penat sungguh nak meround, pun tak habis.

Saya syorkan Pihak Berkuasa Kuala Besut atau Perbadanan Pelancongan Negeri Terengganu jadikan acara mencari etok ini menjadi salah satu acara dalam kelendar pelancongan negeri Terengganu, sekiranya belum.Tentu nanti ia sepopular acara mencandat sotong.

Kepada mereka yang pergi ke Terengganu, jangan lepaskan peluang singgah di pasar lambak mega Kuala Besut dan rasa keenakan etok.

7 comments:

  1. SALAH TU DIK MAKLUMAT ADIK DAPAT X BETUL..ETOK BUKAN HIDUP DI PANTAI,TAPI ETOK HIDUP DI SUNGAI AIR TAWAR YANG MEMPUN YAIL DASAR SUNGAI YANG BERPASIR DAN AIR NYA DALAM,NAK TANGKAP BENDA NI KENA GUNA SATU ALAT YANG DI PANGIR NGOKOT ETOK....

    ReplyDelete
  2. Salam, terima kasih Aakulahtu (Hos Getah) atas teguran, insyaalah saya akan perbetulkan.Kalau ada info laion boleh tlg beri...TQ

    ReplyDelete
  3. Hello Nadia, Wow! Love your blog and your very creative decor.
    I have always loved Trengganu, used to stay at Tanjong Jara and Primula hotel very often, back in the 70s and 80s.
    And go fishing at Pulau Kapas.
    Miss the nasi dagang too, ha ha.
    You have a nice day and keep a song in your heart, Lee.

    ReplyDelete
  4. adik nak picture antau info hantar je alamat email adik,,atau cari kita kat facebook aakulahtu@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Uncle Lee sebab sudi beri komen.Kalau ada cerita lagi tentang Terengganu sila teruskan komen.

    Terima kasih juga buat abang aakulatu (Hos Getah) atas sokongan dan kesediaan bagi bahan.
    Kalau tak keberatan abang leh msg ke email saya;

    nadiajaszari@gmail.com

    Insyaalah nanti saya lawati fb abang.Saya dah follow blog abang.Menarik dan banyak info.Kalau ada keizinan boleh tak kiranya saya ambil bahan dari blog abang, nanti saya bagi link le...mudah-mudahan banyak le klik utk ads abang...tlg masukkkk.

    ReplyDelete
  6. lawati http://www.facebook.com/pages/Terengganu-malaysia-tourist-guide-destinations/117340954971583?ref=ts di facebook
    ni alamat blog ank sdara abg dia masuk tanding jugak http://terengganucomell.blogspot.com/
    peringkat sekolah menengah... tapi kalau nak guna picture pastikan picture tu x sama dengan mana mana blog,,,,ambil kat page facebook tu banyak gambar menarik sekitar terengganu..

    ReplyDelete
  7. nak info lawati
    http://terengganutravel-guide.blogspot.com/
    http://travel-destinationss.blogspot.com/
    http://travelterengganu-com.blogspot.com/
    http://terengganucoral.blogspor/
    t.com
    http://terengganutourismguide/.
    blogspot.com/

    ni semua blog abg punya...

    ReplyDelete


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kembali ke muka depan

Puyoo! Best la Terengganu. Terengganu Tetap Di Hati


web page counter