TERENGGANU NEGERI INDAH,TERENGGANU NEGERI MAKMOR,TERENGGANU NEGERI PENUH TRADISI,TERENGGANU KAYA ADAT DAN BUDAYA,TERENGGANU SARAT DENGAN DESTINASI PELANCONGAN,TERENGGANU MENGHIDANG SERIBU SATU MACAM KEISTIMEWAAN UNTUK DINIKAMTI, SEKALI SINGGAH PASTI TERENGGANU AKAN TETAP DI HATI   

Friday, July 16, 2010

Gamelan di Setiap Daerah Terengganu

Mempopularkan gamelan di Terengganu.

Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif mempertahan dan memperkembangkan seni gamelan di negeri Terengganu khususnya di kalangan generasi muda.

Bagi menyemarakan usaha tersebut, kerajaan negeri melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu bercadang mewujudkan kumpulan muzik itu di setiap daerah di Terengganu.Begitulah kata pengarah Muzium Negeri Terengganu,En.Mohd Yusof Abdullah sebagaimana dipetik dari sumber Utusan Malaysia,16 Julai 2010 di ruangan Sastera Mega.

Keratan akhbar Utusan Malaysia 16 Julai 2010


Sebagai langkah ke arah itu, Festival Gamelan Sedunia 2010 akan di adakan mulai 23 hingga 25 Julai 2010.Penganjuran festival ini diharapkan dapat menjadi salah satu landasan terbaik bagi mengetengahkan seni persembahan gamelan demi menarik minat masyarakat dunia.

Festival Gamelan Sedunia kali ini disertai oleh 15 buah kumpulan antaranya 2 kumpulan dari Jepun, Indonesia dan kumpulan tempatan termasuk dari Istana Budaya,Warisan Terengganu,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Darul Iman.

Selain persembahan, diadakan juga bengkel gamelan yang mensasarkan peserta dari pelajar IPTA dan IPTS,pelajar sekolah, pengamal gamelan dan masyarakat umum.

No comments:

Post a Comment


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kembali ke muka depan

Puyoo! Best la Terengganu. Terengganu Tetap Di Hati


web page counter