TERENGGANU NEGERI INDAH,TERENGGANU NEGERI MAKMOR,TERENGGANU NEGERI PENUH TRADISI,TERENGGANU KAYA ADAT DAN BUDAYA,TERENGGANU SARAT DENGAN DESTINASI PELANCONGAN,TERENGGANU MENGHIDANG SERIBU SATU MACAM KEISTIMEWAAN UNTUK DINIKAMTI, SEKALI SINGGAH PASTI TERENGGANU AKAN TETAP DI HATI   

Friday, July 30, 2010

Destinasi Wajib di Kunjungi

Satu destinasi yang wajib dan semestinya dikunjungi bila ke Kuala Terengganu ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung.



Inilah destinasi wajib singgah untuk menunaikan solat dan menghilangkan penat selepas mengharungi perjalanan jauh.Biasanya bila saya datang bersama keluarga atau menyertai rombongan sekolah akan singgah dahulu di masjid ini sebelum masuk hotel atau meneruskan perjalanan ke Kuala Besut atau ke Kota Bahru.

Destinasi ini amat mudah dikunjungi kerana terletak di tepi jalan utama dan mempunyai kawasan meletak kenderaan yang luas.

Pemandangan sekitar masjid ini juga amat indah dan menarik.Kedudukan masjid itu sendiri yang seolah-oleh terapung di atas permukaan air menyajikan panorama mengasyikkan, begitu indah sekali.

Selepas selesai menunaikan solat, bolehlah kita menikmati keindahan panorama sekitar masjid yang di kelilingi air tasik berhampiran pula dengan kawasan pantai yang memutih dengan deratan pohon ru, dengan desiran tiupan angin Laut Cina Selatan.

Maklumat lanjut tentang destinasi ini: Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)

No comments:

Post a Comment


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kembali ke muka depan

Puyoo! Best la Terengganu. Terengganu Tetap Di Hati


web page counter