TERENGGANU NEGERI INDAH,TERENGGANU NEGERI MAKMOR,TERENGGANU NEGERI PENUH TRADISI,TERENGGANU KAYA ADAT DAN BUDAYA,TERENGGANU SARAT DENGAN DESTINASI PELANCONGAN,TERENGGANU MENGHIDANG SERIBU SATU MACAM KEISTIMEWAAN UNTUK DINIKAMTI, SEKALI SINGGAH PASTI TERENGGANU AKAN TETAP DI HATI   

Saturday, July 3, 2010

Air Terjun Sekayu

Air Terjun Sekayu adalah salah satu tempat perkelahan yang terdapat di daerah Kuala Berang, seperti yang diceritakan oleh En.Ramli Sulaiman.

Kawasan air terjun Sekayu yang menjadi tumpuan penduduk tempatan teruta¬manya pada hari Jumaat dan cuti awam ini, terletak 56km selatan-barat Kuala Terengganu, berdekatan Kuala Berang. la kawasan taman yang agak luas dan mempunyai rangkaian air terjun yang agak jauh ke dalam, berdekatan dengan lereng gunung.Air terjun utama terletak 15 minit dari pintu masuk taman.

Perjalanan seterusnya mengambil masa 20 minit untuk sampai ke tingkat air terjun yang lebih menarik. Anda boleh berenang di kedua-dua kawasan terjun, sambil menikmati suasana dusun buah-buahan tropika yang terdapat di kawasan taman ini.

Untuk ke sini, and boleh menaiki bas dari Kuala Tereng¬ganu ke Kuala Berang, kemudian meneruskan perjalanan dengan teksi. Memandangkan kawasan air terjun agak terpecil, anda boleh meminta pemandu teksi untuk menunggu. Jika anda memandu kenderaan sendiri, berhati-hati apabila melalui kawasan kampung. Kerap-kali, jalan raya menjadi tempat laluan lembu¬lembu penduduk tempatan. Kawasan Air Terjun Sekayu amat sesuai dijadikan destinasi persinggahan sebelum atau selepas bercuti di Tasik Kenyir.

No comments:

Post a Comment


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kembali ke muka depan

Puyoo! Best la Terengganu. Terengganu Tetap Di Hati


web page counter