TERENGGANU NEGERI INDAH,TERENGGANU NEGERI MAKMOR,TERENGGANU NEGERI PENUH TRADISI,TERENGGANU KAYA ADAT DAN BUDAYA,TERENGGANU SARAT DENGAN DESTINASI PELANCONGAN,TERENGGANU MENGHIDANG SERIBU SATU MACAM KEISTIMEWAAN UNTUK DINIKAMTI, SEKALI SINGGAH PASTI TERENGGANU AKAN TETAP DI HATI   

Thursday, July 1, 2010

Orang Dungun

Salam, kali ini saya coretkan ole-ole dari orang Dungun yang merantau di Pontian, Johor.

Beliau yang saya maksudkan ialah Puan Noraniza Binti Yusof.Menetap di Pontian sejak 3 tahun yang lalu.Berumahtangga dengan orang Klang,Selangor dan memiliki seorang cahayamata lelaki.

Berikut sebahagian daripada yang Puan Norhaniza (Niza)ceritakan tentang keistimewaan yang terdapat di daerah Dungun.

BBNadia:Saya dapat tahu puan berasal dari daerah Dungun,Terengganu. Boleh puan ceritakan serba sedikit tentang keistimewaan daerah Dungun ini.

Puan Niza:Dungun banyak keistimewaannya.Keistimewaan Dungun yang juga menjadi mercu tanda Terengganu ialah Stesen Janakuasa Tenaga National Berhad di Paka dan Logi Penapis Petronas di Kerteh.

BBNadia: Macam mana dengan tempat readah dan rekreasi yang ada di Dungun?

Puan Niza: Dungun mempunyai jaluran pantai yang cantik dan bersih. Sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga.Kepada mereka yang suka mandi air terjun, di Dungun ada Air Terjun Cemerung.

BBNadia: Makanan yang sedap-sedap, yang lain dari tempat lain?

Puan Niza: Makanan istimewa Dungun ialah sotong celup tepung dan ikan bakar.

BBNadia: Terima kasih puan, sekiranya ada kesempatan harap sudi untuk menceritakan lebih lanjut tentang daerah Dungun.

No comments:

Post a Comment


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kembali ke muka depan

Puyoo! Best la Terengganu. Terengganu Tetap Di Hati


web page counter