TERENGGANU NEGERI INDAH,TERENGGANU NEGERI MAKMOR,TERENGGANU NEGERI PENUH TRADISI,TERENGGANU KAYA ADAT DAN BUDAYA,TERENGGANU SARAT DENGAN DESTINASI PELANCONGAN,TERENGGANU MENGHIDANG SERIBU SATU MACAM KEISTIMEWAAN UNTUK DINIKAMTI, SEKALI SINGGAH PASTI TERENGGANU AKAN TETAP DI HATI   

Tuesday, July 13, 2010

Ayam Serama Menjadi Tarikan Baru Terengganu

Ayam Serama menjadi penghuni baru Tasik Kenyir, Terengganu.

Ayam serama mempunyai daya tarikan dan keunikan tersendiri dengan kecantikannya sebagai ayam katik yang kecik dan mampu menarik minat pelancong untuk melihat ayam tersebut dari dekat.



Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengorak langkah menjadikan ayam serama sebagai satu daripada unggas yang akan menjadi daya penarik di Taman Burung bertempat di Pulau Terengganu Mati, Tasik Kenyir.







Keratan Akhbar Berita Harian, Selasa 19 Jun 2010.

Taman Burung yang menempatkan pelbagai sepisis unggas dari seluruh pelusuk dunia termasuk ayam serama adalah antara produk pelancongan terbaru yang akan disohorkan sebagai tarikan pelancong untuk berkunjung ke Tasik Kenyir,Terengganu.

Taman Burung di Pulau Terengganu Mati ini dibangunkan dengan kos kira-kira RM4juta.Taman Burung ini adalah antara program pembangunan 10 pulau di Tasik Kenyir yang dibangunkan menerusi projek Kenyir Island Hoping yang juga membabitkan pembinaan Taman Rama-rama, Taman Orkid, dan Taman Buah-buahan Tropika.

No comments:

Post a Comment


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kembali ke muka depan

Puyoo! Best la Terengganu. Terengganu Tetap Di Hati


web page counter