TERENGGANU NEGERI INDAH,TERENGGANU NEGERI MAKMOR,TERENGGANU NEGERI PENUH TRADISI,TERENGGANU KAYA ADAT DAN BUDAYA,TERENGGANU SARAT DENGAN DESTINASI PELANCONGAN,TERENGGANU MENGHIDANG SERIBU SATU MACAM KEISTIMEWAAN UNTUK DINIKAMTI, SEKALI SINGGAH PASTI TERENGGANU AKAN TETAP DI HATI   

Tuesday, July 6, 2010

Sata Makanan Tradisional Berbungkus Daun Pisang

Sata Makanan Tradisional Berbungkus Daun Pisang

Salah satu makanan enak yang terdapat di Terengganu ialah Sata.

Sata sejenis makanan tradisional yang diperbuat daripada ikan dan dibungkus daun pisang.

Sata yang dimasak dengan cara memanggang enak dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi.




Sata sesuai untuk hidangan minum petang.


Isi sata yang enak dan menyelerakan.

......................

Resipi:

Bahan-bahan

400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
8 biji buah keras
2 cm halia, dicincang halus
3 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dicincang
150 g kelapa parut putih
garam secukup rasa
1/2 camca gula
1 camt belacan
2-3 biji lada merah, dicincang
1-2 camt serbuk lada
1 helai daun salam, dimayang
1 helai daun kunyit, dimayang
Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara penyediaan

Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan. Bentukkan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).

Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak


......................

Recipe:

Ingredients
1/2 coconut
3 ikan kembung
3 shallot
1 red chilli
1.2cm ginger
banana leaf

Method:
1. Clean the fish thoroughly, discard the bones, roll with coconut,pound, chop or mince the meat finely,
2. Put shallot, red chilli and ginger while roll it again until they mix well.
3. Fill the cone with the mixture and cover the top.
4. Repeat until all done filling the cone.
5. Put the cone on the skewers with bamboo and roast unthttp://www.blogger.com/img/blank.gifil cook.

Mana nak makan / Where to eat:

Kuala Terengganu:

- Pengadang Baru Weekend Market (Selasa/Tuesday)

- Panji Alam Weekend Market (Khamis/Thursday)

- Batu Burok Hawker Centre (Jumaat/Friday)

- Pasar Payang Central Market

- Cabang Tiga Market

Marang:
- Kg. Kelulut Weekend Market (Sabtu/Saturday)

- Alongside Marang Road

Dungun:

- Kuala Dungun Weekend Market (Khamis/Thursday)

Kemaman:
- Kerteh (Selasa/Tuesday), Kemasik (Ahad/Sunday, Rabu/Wednesday),
s s s Chukai (Selasa/Tuesday)

- Che Wan Food Stall

- Alongside Geliga Beach

No comments:

Post a Comment


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kembali ke muka depan

Puyoo! Best la Terengganu. Terengganu Tetap Di Hati


web page counter