TERENGGANU NEGERI INDAH,TERENGGANU NEGERI MAKMOR,TERENGGANU NEGERI PENUH TRADISI,TERENGGANU KAYA ADAT DAN BUDAYA,TERENGGANU SARAT DENGAN DESTINASI PELANCONGAN,TERENGGANU MENGHIDANG SERIBU SATU MACAM KEISTIMEWAAN UNTUK DINIKAMTI, SEKALI SINGGAH PASTI TERENGGANU AKAN TETAP DI HATI   

Thursday, September 2, 2010

Wau Tradisional Terengganu

Wau Tradisional Terengganu dikenali sebagai "Wau Dodo Helang".



Wau Dodo Helang merupakan wau rasmi negeri Terengganu.Wau ini mempunyai persamaan dengan dua jenis wau dari negeri lain iaitu Wau Puyuh dari Kelantan dan Wau Helang dari negeri Perlis.


Nama Wau Dodo Helang dikatakan berpunca dari bunyi yang dihasilkan oleh busur wau tersebut iaitu "doooo....doooo..."



Bahagian hujung sayap Wau Dodo helang ini lebih mirip kepada rekabentuk sayap Wau Puyuh manakala rekabentuk bahagian ekornya menyerupai Wau Helang Perlis.Di bahagian kepala wau ini terdapat sebatang rotan yang dihiasi menyerupai kepala burung helang dan bahagian ekornya ditambah dengan kain yang agak panjang dan kain yang biasa digunakan ialah kain batik lukisan tangan.

Rangka Wau Dodo Helang

Motif Wau Dodo Helang ini sering dijadikan corak pada kain pemain-pemain wau di negeri Terengganu. Jenis ukiran sobek yang biasa digunakan pada wau ini biasanya bermotifkan corak yang biasa terdapat pada perahu, masjid dan rumah-rumah yang terdapat di negeri Terengganu.

1 comment:

  1. Salam,


    yang tradisional dipelihara,
    yang terbaru dicari.

    Tukar HUTANG Jadi INCOME
    Dari Kad Kredit Jadi Aset.

    Layari: http://tukarhutangjadiincome.blogspot.com

    ReplyDelete


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kembali ke muka depan

Puyoo! Best la Terengganu. Terengganu Tetap Di Hati


web page counter