TERENGGANU NEGERI INDAH,TERENGGANU NEGERI MAKMOR,TERENGGANU NEGERI PENUH TRADISI,TERENGGANU KAYA ADAT DAN BUDAYA,TERENGGANU SARAT DENGAN DESTINASI PELANCONGAN,TERENGGANU MENGHIDANG SERIBU SATU MACAM KEISTIMEWAAN UNTUK DINIKAMTI, SEKALI SINGGAH PASTI TERENGGANU AKAN TETAP DI HATI   

Sunday, September 26, 2010

Daerah Kemaman

Kemaman merupakan daerah di negeri Terengganu, Malaysia. Ia berada pada kedudukan koordinat 4° 13' 60" Utara dan 103° 27' 0" Timur, pusat daerah Kemaman ialah Chukai. Keluasan daerah Kemaman ialah 8,000 batu persegi (254,000 hektar), ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun. Kemaman mengadap Laut China Selatan.

Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Chukai.

Pemandangan biasa di daerah Kemaman.

Geografi

Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama
iaitu:
1. Kawasan pantai.
2. Kawasan pedalaman.
3. Kawasan kaki bukit (terletak hanya beberapa kilometer dari pantai).

Kawasan pantai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata dan majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti menangkap ikan. Kawasan ini memanjang sejauh kira-kira 38 batu dari Kuala Kemaman ke Kertih. Lebih separuh penduduk Kemaman tertumpu di kawasan ini.

Kawasan pedalaman daerah ini pula mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi dan berbukit bukau. Kawasan ini kaya dengan hasil bijih timah, tanaman kelapa sawit dan kayu kayan. Justeru itu, penempatan yang berlaku ada hubungkait dengan aktiviti ekonomi setempat.

Di samping itu, kawasan kaki bukit daerah ini mempunyai jumlah penduduk kedua ramainya. Kawasan ini terletak di antara kawasan persisiran pantai dan kawasan pedalaman. Aktiviti utama penduduk kawasan ini adalah sebagai petani.

Kemaman mempunyai 2 buah perlabuhan satu di Kerteh dan satu di Teluk Talong.Industri di Kemaman berasaskan petrolium dan keluli. Kemaman juga mempunyai bandar di sepanjang pantai daerah kemaman.bemula bandar Chukai,bandar baru Kijal, bandar peranginan Kijal,pekan Kemasik yang mempunyai mesra mall dan badar Kertih.

No comments:

Post a Comment


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kembali ke muka depan

Puyoo! Best la Terengganu. Terengganu Tetap Di Hati


web page counter