TERENGGANU NEGERI INDAH,TERENGGANU NEGERI MAKMOR,TERENGGANU NEGERI PENUH TRADISI,TERENGGANU KAYA ADAT DAN BUDAYA,TERENGGANU SARAT DENGAN DESTINASI PELANCONGAN,TERENGGANU MENGHIDANG SERIBU SATU MACAM KEISTIMEWAAN UNTUK DINIKAMTI, SEKALI SINGGAH PASTI TERENGGANU AKAN TETAP DI HATI   

Saturday, July 3, 2010

Tasik Kenyir

Salah satu destinasi paling popular di Terengganu adalah Tasik Kenyir. Tasik Kenyir sebuah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara, terletak sesebelah barat daya Terengganu iaitu di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Tasik Kenyir wujud hasil daripada pembinaan Empa¬ngan Hidro Sultan Mahmud. Stesen
jana elektrik ini mula beroperasi pada tahun 1985 dan telah dirasmikan pada 13 Julai 1987. Tasik yang dikelilingi hutan tropika yang melu¬as ini mempunyai lebih daripada 340 buah pulau. Tasik ini juga dikatakan unik kerana mempunyai perbezaan aras air pasang-surut yang sangat ketara. Aras air maksimum ialah setinggi 145 meter manakala aras minimum ialah 135 meter. Tasik Kenyir mempunyai 14 buah air terjun, bebera¬pa buah gua batu kapur.jeram-jeram sungai dan beberapa batang sungai yang mengalir masuk ke tasik ini. Tasik ini juga merupakan habitat bagi pelbagai spesis ikan air tawar dan hidupan liar yang unik. Ketenangan serta pemanda¬ngan alam semulajadi yang indah, pasti mem pesona setiap mata yang memandang. Bagi penghuni kota yang rindu¬kan kedamaian alam, dan ingin lari dari hiruk-pikuk kota, Tasik Kenyir merupakan destinasi percutian yang pasti menjanjikan kepuasan yang maksimum.


TEMPAT-TEMPAT MENARIK

Hutan Simpan Tembat, Petuang, Hulu Telemong dan Ulu Terengganu merupakan hutan-hutan simpan yang berada di dalam kawasan Tasik Kenyir. Secara amnya, semua hutan tropika kelihatan sama di antara satu sama lain. Namun begitu, setiap hutan mempunyai keunikan dan ekosistem¬nya yang tersendiri. Di sini terdapat lebih daripada 200 spesis haiwan, termasuk gajah, harimau; badak, seladang, beruang, tapi r, rusa, siamang, dan monyet. Selain daripada kaya dengan hidupan liar, hutan di sini juga kaya dengan pelbagai spesis flora yang tidak kurang menariknya. Rotan di antara tumbuhan yang sering ditemui di kawasan ini. Malah terdapat juga spesis tumbuhan dan serangga yang tidak dikenal pasti namanya.

Antara air terjun yang menjadi tarikan utama di sini ialah Lasir, Saok, dan Tembat. Setiap hujung minggu pasti ramai penduduk setempat dan daerah-daerah yang berdekatan akan datang berkelah bersama keluarga. Jika sudah menjejaki Tasik Kenyir pasti terasa rugi jika tidak mengambil kesempatan untuk berkelah di salah satu lokasi air terjun di sini. Sambil mandi-manda pengunjung dapat menikmati kehijauan alam sekitar dan meng¬hirup udara yang segar.

Air Terjun Lasir merupakan lokasi air terjun yang paling popular di Tasik Kenyir. Air terjun yang terletak 16 kilometer dari Pengkalan Gawi ini mengambil masa di antara 20-45 minit masa perjalanan menaiki bot. Dengan ketinggian kira-kira 500 kaki, air terjun yang mempunyai beberapa tingkat ini dikelilingi kehijauan alam semulajadi. Air Terjun Saokjuga terletak berdeka¬tan dengan Pengkalan Gawi iaitu hanya 15 minit perjalanan dengan menaiki bot. Kawasan air terjun yang mempunyai deretan batu-batu besar dan kawasan pasir yang lapang ini sememangnya sesuai untuk perkelahan keluarga. Tidak seperti Lasir dan Saok, Air Terjun Tembat terhasil daripada gabungan lima air terjun yang mengalir laju. Oleh itu tidak hairanlah mengapa ia menjadi kawasan tumpuan bagi pengunjung yang ingin berkhemah, memandangkan ia mempunyai tapak perkhemahan yang luas. Selain. itu, masih terdapat beberapa air terjun yang terdapat di sekitar tasik, iaitu Petang, Leban, Terenggan, Lata Terap dan Petuang. Selain dari keunikan air terjun, kawasan Tasik Kenyir turut mempunyai gua batu kapur yang unik iaitu Gua Bewah dan Gua Taat. Gua batu kapur ini dikatakan mempunyai misteri dan lagendanya tersendiri. Malah penduduk tempatan yang sering memudiki bot sekitar Gua Bewah turut mengatakan bahawa gua ini mempunyai 'semangat' dan mereka sering berasa seram sejuk apabila melintasi gua ini. Bagi penggemar aktiviti lasak seperti hiking pula, mereka boleh mendaki beberapa gunung yang terdapat di tasik ini. Antara gunung-gunung yang terdapat di sini ialah Cergau, Gagau, Bongsu, Tembat, Raung, Kachang dan Gajah Terom. Gunung Gagau yang mempunyai ketinggian 4,514 kaki di atas paras laut merupakan puncak kedua tertinggi dalam Taman Negara selepas Gunung Tahan. Bagi yang pernah menyertai ekspedisi ke Gunung Gagau pasti tidak dapat melupakan pengalaman manis tersebut. Gunung ini juga merupakan satu-satunya gunung yang mempunyai tapak perkhemahan.

AKTIVITI REKREASI

Antara kegiatan rekreasi yang boleh dijalankan di Tasik Kenyir ialah berkelah, merentas hutan, mendaki, meman¬cing, berkeno, dan jet ski. Bagi mereka yang sukakan aktiviti berkhemah dan merentas hutan, Tasik Kenyir menye¬diakan kawasan perkhemahan yang ideal. Bagi pengunjung yang ingin menjalankan aktiviti merentas hutan mereka boleh mendapatkan bantuan pengusaha bot atau chalet bagi mengetahui lokasi trek terbaik. Aktiviti memancing merupakan salah satu tarikan utama orang ramai untuk berkunjung ke tasik ini. Antara spesis-spesis ikan yang boleh didapati di sini ialah Kelah, Toman, Baung Lampam, Kalui, dan Sebarau. Spesis-spesis ikan ini dikatakan mampu menawan hati pengunjung yang gemar memancing untuk menguji kehebatan mereka bertarung dengan penghuni tasik ini. Arowana, ikan yang boleh mencecah harga puluhan ribu ringgit juga terdapat di sini. Jadi tidak hairanlah mengapa Tasik Kenyir diberi jolokan nama 'Syurga Kaki Pancing'. Istimewanya di sini ialah apabila tiba musim tengkujuh, di mana hujan turun hampir setiap hari, pengunjung boleh menangkap ikan hanya dengan menggunakan tangani Menyedari Tasik Kenyir berpotensi menjadi lokasi pelancongan yang hebat, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) sedang berusaha mempromosikan Tasik Kenyir sebagai lapangan sukan air. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan perlumbaan perahu panjang dan jet-ski dan yang diadakan pada setiap tahun.


Dipetik dan disesuaikan daripada LIBUR Mei - Jun 2002

No comments:

Post a Comment


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kembali ke muka depan

Puyoo! Best la Terengganu. Terengganu Tetap Di Hati


web page counter