Ayah menyarung baju batik Terengganu yang saya beli waktu berkunjung ke Terengganu pada penghujung tahun lepas bersama-sama peserta kuiz Pelancongan Pelajar yang berlangsung di Kuala Tetrengganu.
Baju batik Terengganu ini saya beli di Pasar Payang.Daripada beratus pilihan yang ada,inilah batik Terengganu yang saya berkenan dan saya fikir yang paling sesuai untuk ayah.
Inilah baju yang saya maksudkan.Batik Terengganu untuk ayah.

Mungkin kerana baju itu berlengan pendek, maka ayah jarang memakainya.Dan hari ini ayah menyarungnya untuk pergi ke tempat kerja.Cantik, menarik dan bergaya!Begitulah batik Terengganu, walaupun baju yang saya beli itu bukanlah yang berharga mahal.
warna batik terengganu ni nampak abstrak.
ReplyDeleteYa, yg ni batik baru. Kebanyakan batik terbaru bercorak abstrak...ikut trend dan citarasa terkini.
ReplyDelete