Memang hati saya tetap terkenangkan akan Terengganu.Apa tidaknya, banyak yang membuatkan saya terus dibuai kenangan. Semasa mewakili Johor di Program Pelancongan Pelajar 2009 yang berlangsung di Kuala Terengganu, banyak cenderahati yang dihadiahkan oleh pihak penganjur.Antaranya topi dan t-shirt.
Logo Program Pelancongan Pelajar 2009 - Kuala Terengganu

Topi kenangan Program Pelancongan Pelajar 2009.

Bila terpandang atau memakai topi atau t-shirt tersebut, maka secara langsung ingatan kembali kepada kenangan manis waktu berada di Kuala Terengganu.
T-shirt kenangan Program Pelancongan Pelajar 2009.

Selain mengikuti aktiviti yang diprogramkan, kami berpeluang "makan angin" di sekitar Kuala Terengganu. Shopping, menikmati makanan yang jarang diperolehi di tempat saya dan mencuci mata di tempat-tempat menarik sekitar Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment