
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengorak langkah menjadikan ayam serama sebagai satu daripada unggas yang akan menjadi daya penarik di Taman Burung bertempat di Pulau Terengganu Mati, Tasik Kenyir.
Keratan Akhbar Berita Harian, Selasa 19 Jun 2010.

Taman Burung yang menempatkan pelbagai sepisis unggas dari seluruh pelusuk dunia termasuk ayam serama adalah antara produk pelancongan terbaru yang akan disohorkan sebagai tarikan pelancong untuk berkunjung ke Tasik Kenyir,Terengganu.
Taman Burung di Pulau Terengganu Mati ini dibangunkan dengan kos kira-kira RM4juta.Taman Burung ini adalah antara program pembangunan 10 pulau di Tasik Kenyir yang dibangunkan menerusi projek Kenyir Island Hoping yang juga membabitkan pembinaan Taman Rama-rama, Taman Orkid, dan Taman Buah-buahan Tropika.
No comments:
Post a Comment