
Perjalanan seterusnya mengambil masa 20 minit untuk sampai ke tingkat air terjun yang lebih menarik. Anda boleh berenang di kedua-dua kawasan terjun, sambil menikmati suasana dusun buah-buahan tropika yang terdapat di kawasan taman ini.
Untuk ke sini, and boleh menaiki bas dari Kuala Tereng¬ganu ke Kuala Berang, kemudian meneruskan perjalanan dengan teksi. Memandangkan kawasan air terjun agak terpecil, anda boleh meminta pemandu teksi untuk menunggu. Jika anda memandu kenderaan sendiri, berhati-hati apabila melalui kawasan kampung. Kerap-kali, jalan raya menjadi tempat laluan lembu¬lembu penduduk tempatan. Kawasan Air Terjun Sekayu amat sesuai dijadikan destinasi persinggahan sebelum atau selepas bercuti di Tasik Kenyir.
No comments:
Post a Comment