
Piala Monsun adalah kejohanan kapal layar yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu diadakan di Pulau Duyong, Terengganu, Malaysia. Piala Monsun telah diadakan sejak 2005 lagi. Ia merupakan siri terakhir Jelajah "World Match Racing". Datuk Peter Gilmour dari Team PST, Australia merupakan penasihat kejohanan itu dan juga orang yang bertanggungjawab membawa Jelajah "World Match Racing" ke Malaysia.
Pila Monsun ini akan diadakan sehingga 2012 kerana adanya perjanjian dengan penganjur iaitu World Match Racing Tour. Kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan RM4 juta setiap tahun bagi kejohanan ini (wikipedia)


