TERENGGANU NEGERI INDAH,TERENGGANU NEGERI MAKMOR,TERENGGANU NEGERI PENUH TRADISI,TERENGGANU KAYA ADAT DAN BUDAYA,TERENGGANU SARAT DENGAN DESTINASI PELANCONGAN,TERENGGANU MENGHIDANG SERIBU SATU MACAM KEISTIMEWAAN UNTUK DINIKAMTI, SEKALI SINGGAH PASTI TERENGGANU AKAN TETAP DI HATI   

Friday, July 30, 2010

Destinasi Wajib di Kunjungi

Satu destinasi yang wajib dan semestinya dikunjungi bila ke Kuala Terengganu ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung.



Inilah destinasi wajib singgah untuk menunaikan solat dan menghilangkan penat selepas mengharungi perjalanan jauh.Biasanya bila saya datang bersama keluarga atau menyertai rombongan sekolah akan singgah dahulu di masjid ini sebelum masuk hotel atau meneruskan perjalanan ke Kuala Besut atau ke Kota Bahru.

Destinasi ini amat mudah dikunjungi kerana terletak di tepi jalan utama dan mempunyai kawasan meletak kenderaan yang luas.

Pemandangan sekitar masjid ini juga amat indah dan menarik.Kedudukan masjid itu sendiri yang seolah-oleh terapung di atas permukaan air menyajikan panorama mengasyikkan, begitu indah sekali.

Selepas selesai menunaikan solat, bolehlah kita menikmati keindahan panorama sekitar masjid yang di kelilingi air tasik berhampiran pula dengan kawasan pantai yang memutih dengan deratan pohon ru, dengan desiran tiupan angin Laut Cina Selatan.

Maklumat lanjut tentang destinasi ini: Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)

Tuesday, July 27, 2010

Pengkalan Nelayan Kuala Besut

Besut terutamanaya Kuala Besut sangat sinonim dengan pantai dan aktiviti penangkapan ikan.

Kuala Besut adalah merupakan salah satu pelabuhan perikanan utama di pantai timur khususnya negeri Terengganu.Justrun itu sekaligus menjadikan Kuala Besut sebagai penyumbang utama sumber protin berasaskan perikanan di negara kita.

Aktiviti perikanan ini juga menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan industri hiliran berasaskan perikanan seperti industri membuat keropok, ikan segar, serunding ikan, ikan kering dan sebagainya.Ia juga menyumbang kepada perkembangan industri memperbaiki bot dan kapal nelayan.

Persekitaran pengkalan dan jeti pendaratan ikan Kuala Besut menjanjikan panorama dan pemandangan yang mengasyikkan.Deretan perahu dan bot nelayan dengan pelbagai warna menyajikan satu kelainan landskap pemandangan yang indah.Sesekali dapat disaksikan beberapa buah bot nelayan mudik.

Suasana di pengkalan Kuala Besut yang mengasyik dan mendamaikan.

Sunday, July 25, 2010

Musim Tengkujuh di Pantai Paka

Musim tengkujuh pada hujung setiap tahun ada ketikanya membawa seribu duka dan ada masanya meninggalkan kenangan manis.

Pantai Paka yang panjang,bersih memutih mula dilanda ombak musim tengkujuh.

Ombak yang tidak terlalu besar memberi kesan pemandangan amat menarik. Ada yang mengambil kesempatan, memberanikan diri bermain di kaki pantai.

Wednesday, July 21, 2010

Pulau Redang

Pulau Redang / Redang Island



Pulau Redang or Redang Island is one of the largest and most beautiful of the islands off Terengganu and the east coast of Malaysia.









It is a popular holiday spot for Malaysian.






Pulau Redang or Redang Island is one of nine islands that form a marine park, and offers snorkeling and diving opportunities.









One of the most beautiful beaches of Redang is Pasir Panjang.The beach boasts of soft white sand and crystal clear blue water. Corals and fish can be seen just a few metres from the beach.

Pulau Kapas

Pulau Kapas / Kapas Island


Pulau Kapas (Kapas Island) is an island 6 kilometers off the coast of Terengganu.

It features crystal clear seawater, pristine powdery white beaches and virgin tropical jungles.

It is promoted as a "snorkeling paradise", with several dive resorts and coral reefs.

It is reached by feery from Marang.


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kembali ke muka depan

Puyoo! Best la Terengganu. Terengganu Tetap Di Hati


web page counter