TERENGGANU NEGERI INDAH,TERENGGANU NEGERI MAKMOR,TERENGGANU NEGERI PENUH TRADISI,TERENGGANU KAYA ADAT DAN BUDAYA,TERENGGANU SARAT DENGAN DESTINASI PELANCONGAN,TERENGGANU MENGHIDANG SERIBU SATU MACAM KEISTIMEWAAN UNTUK DINIKAMTI, SEKALI SINGGAH PASTI TERENGGANU AKAN TETAP DI HATI   

Showing posts with label Marang. Show all posts
Showing posts with label Marang. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

Daerah Marang

Marang terletak di negeri Terengganu, Malaysia. Marang menjadi tempat perhentian untuk menyeberang ke Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia, dan lain-lain. Pulau Kapas merupakan pulau yang indah, menarik pengunjung dari serata dunia.



Mukabumi

Marang terletak di tepi Laut China Selatan. Banyak muka buminya adalah kawasan paya di sebelah barat. Sungai Marang mengalir dari Bukit Kor dan Gunung Gajah Terom (1206 m).



Pelancongan

Hotel

1. Beautisland Resort Sdn Bhd,Pulau Kapas, 21600 Marang, Terengganu
2. Buai Beach Resort,Kampung Seberang Marang, 21600 Marang, Terengganu
3. Gem Isles Sdn Bhd,Gem Isles Resort, Pulau Gemia, 21600 Marang, Terengganu
4. Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd,No. 3964, Kampung Paya, 21600 Marang, Terengganu
5. Zakaria Hamzah,Rhu Muda Motel, Jalan Dungun Batu 12, 21600 Marang, Terengganu

Rekreasi

1. Pulau Gemia, 21600 Marang, Terengganu
2. Pulau Kapas, 21600 Marang, Terengganu
3. Pulau Redang, 21600 Marang, Terengganu
4. Jeti Pelancongan Marang, 21600 Marang, Terengganu

Monday, September 20, 2010

Mercu tanda Marang

Mercu tanda di bulatan bandar Marang.


Reflika sotong dan udang di bulatan bandar Marang.
Mengambil sempena aktiviti nelayan dan mencandat sotong yang popular di perairan Marang.

Saturday, September 18, 2010

Homestay di Kuala Terengganu & Marang

AREEIBAF Rest & Relax Homestay terletak kira-kira 9km dari Pusat Bandar Kuala Terengganu dan kira-kira 15km dari Bandar Marang.




Mempunyai:
- 3 bilik tidur
- Tandas di setiap bilik
- Ruang tamu luas dan besar
- Internet (wifi)
- Ruang / Bilik makan
- Bilik rehat / solat

Tambahan:
- Laman menarik
- Lanskap yang indah
- Kolam ikan
- Tempat istirehat diatas kolam ikan
- Track Jogging
- Track refleksologi
- Parking boleh muat 5 kereta
- Tingkat atas terbuka (rooftop) - Top view kampung
- Dewan (Haruslah dimaklumkan lebih awal jika mahu menggunakan untuk sebarang aktiviti)


Jenis bilik di tingkat atas:
- [Kanan] 1 bilik besar, 1 katil king + 1 tandas
- [Kiri] 1 bilik besar, 1 katil king + 1 tandas
- [Tengah] 1 bilik, 2 katil single + 1 tandas + ruang tamu luas + dapur

Kemudahan disediakan:
- Peti Sejuk
- Jag, Pinggan & Mangkuk
- Cawan & gelas
- Tuala dan sabun
- Cerek elektrik
- Seterika

Harga Promosi:-

Mengikut bilik:
» Hari biasa:
- [Kanan] 1 bilik besar, 1 katil king + 1 tandas = RM120 sehari
- [Kiri] 1 bilik besar, 1 katil king + 1 tandas = RM120 sehari
- [Tengah] 1 bilik, 2 katil single + 1 tandas, ruang tamu luas, dapur = RM120 sehari

» Hari minggu / cuti umum:
- [Kanan] 1 bilik besar, 1 katil king + 1 tandas = RM150 sehari
- [Kiri] 1 bilik besar, 1 katil king + 1 tandas = RM150 sehari
- [Tengah] 1 bilik, 2 katil single + 1 tandas, ruang tamu luas, dapur = RM150 sehari

Satu rumah:
» Hari biasa: (RM120 x 3) = RM360 sehari
» Hari minggu / cuti umum: (RM150 x 3) = RM450 sehari
*Termasuk 3 bilik tidur (tingkat atas) + penggunaan tingkat bawah. Boleh guna satu rumah.

Deposit:
-RM50 sahaja untuk satu bilik sehari.
-RM150 sahaja untuk satu rumah sehari.
(Harga boleh dirunding jika melebihi 3 hari)

Alamat:
A-84 Kg Gelugor Kedai,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Hubungi:
013-944 4120 (Pn Ana)
019-660 8737 (Pn Rubi)
09-6309626 (Pejabat - Siang hari sahaja)

Emel: areeibaf@gmail.com

Saturday, August 14, 2010

Inovasi Dari Marang,Terengganu

Guna Air Bawah Tanah Untuk Ternak Ikan dan Tanaman Sayur.

Jika anda melalui jalan utama dari Marang ke Rantau Abang, Terengganu, anda akan bertemu sebuah projek nternakan ikan marin dalam tangki yang diusahakansepasang suami isteri di Kampung Pasir Putih, Marang.

Ivan Mohd Izian, 59 dan Zaleha Hassan, 63, adalah pemilik Syarikat Hassan Milling & Moulding Sdn. Bhd. yang sebelum ini menjalankan projek perkayuan di Kuantan, Pahang sejak 1988.

Pasangan ini kemudiannya membeli sebidang tanah seluas lima ekar di tepi pantai yang pada asalnya adalah kawasan tanaman kelapa terbiar untuk dibina rumah rehat.

Bagaimanapun, tanah berkenaan didapati kaya dengan sumber asli seperti garam dan air tawar bawah tanah yang tidak tercemar di samping tiupan angin cukup untuk menggerakkan kincir angin.

Kawasan berkenaan juga mempunyai tanah berpasir sedalam 40 kaki yang berfungsi sebagai penapis semulajadi kepada air bawah tanah. Kelebihan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk membuat pelaburan dalam ternakan ikan marin dalam tangki menggunakan air bawah tanah yang dipam oleh kincir angin.

Walaupun Zaleha dan suaminya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang akuakultur
kerana sebelum ini mereka bekerja dalam industri perkayuan, namun ia bukan penghalang untuk memulakan projek integrasi ini. Malah, mereka mempunyai hasrat murni untuk membantu penduduk kampung berkenaan dengan mewujudkan peluang pekerjaan di samping memanfaatkan khazanah pantai untuk pengeluaran makanan.

Merekajuga berharap dapat mengeluarkan makanan sihat yang mesra
alam seperti ikan dan sayur-sayuran organik secara hidroponik.

Projek penternakan ikan ini memerlukan lima pekerja yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan yang tiada pengalaman dalam penternakan ikan dan tidak pernah menghadiri sebarang kursus berkaitan akuakultur dan hidroponik.

Bilangan pekerja ini tidak termasuk dalam kerja-kerja pembinaan kincir angin dan taman hidroponik.

Kesemua pekerja ini berkebolehan melakukan kerja-kerja seperti mengikat batu-bata, kimpalan, membuat perigi tiub, pam air, memasang paip air dan sebagainya.

Projek ini memanfaatkan tiupan angin untuk menggerakkan kincir angin dan mengepam air bawah tanah yang bertapis secara semulajadi untuk tangki ternakan ikan.
Kelebihan kincir angin ialah ia tidak perlu menggunakan elektrik atau minyak, selamat dan stabil, penyelenggaraan rendah, reka bentuk ringkas dan bebas pencemaran.

Kincir angin boleh menggerakkan pam untuk mengepam air dari bawah tanah ke tangki-tangki ikan.

Dengan itu, air bawah tanah ditapis secara semualajadi melalui lapisan tanah yang berpasir Air yang dipam adalah bersih, jernih, tidak tercemar dan sesuai untuk penternakan ikan.

Kemudiannya, air itu dikitar semula untuk ternakan ikan sehingga cukup kandungan nutrien sebelum disalurkan ke tanaman hidroponik secara graviti.
,
Menurut ketua projek, Zulkifli Mohd Rasad, penternakan ini mula dijalankan pada 2006 dengan menempatkan sebanyak 12 buah tangki bulat bersaiz 12 kaki diameter untuk menjalankan proses asuhan dan penyimpanan ikan.

Lapan buah tangki simen turut dibina untuk dimasukkan ikan kerapu, siakap dan tilapia.

"Kami juga menangkap dan mengasuh ikan-ikan dari laut seperti kerapu, gerut, ikan merah, ketam dan telinga gajah spesies untuk dipasarkan.

"Misalnya, spesies ikan telinga gajah ditangkap di laut dengan menggunakan bubu. Ikan yang bersaiz 400 gram akan diasuh selama tujuh bulan untuk mencapai saiz satu kilogram," katanya.

Ikan yang dihasilkan melalui projek ini amat berkualiti dan harganya lebih tinggi berbanding harga pasaran.

lni kerana ia diternak menggunakan air yang tidak tercemar dan tangki yang dibersihkan setiap hari menyebabkan ikan tidak berbau lumpur. Kaedah ini membolehkan ikan air tawar dan air masin diternak di sini.

Sehingga kini, ladang ini telah berjaya menghasilkan ikan tilapia, siakap dan kerapu. Siakap dijual dengan harga RM 18 sekilogram, sementara kerapu dan tilapia masing-masing dijual dengan harga RM24 dan RM10.

"Pelanggan memuji kualiti ikan yang kami hasilkan kerana ia lebih sedap. Persatuan Nelayan Kerteh merupakan pelanggan tetap kami yang datang hampir setiap hari untuk kegunaan restoran mereka:' kata Zulkifli.

Sementara itu, menurut Ivan, idea untuk memulakan tanaman sayur secara hidro¬ponik pula timbul setelah mengamati tum- bu h-tumbuhan liar di kawasan air buangan keluar di mana ia tumbuh dengan suburnya.

Air berkenaan dikitar semula dengan menggunakan tangki kitar semula. Air bernutrien semulajadi itu dialirkan untuk mengairi sayur-sayuran secara graviti tanpa penambahan nutrien dari luar.

Bagaimanapun, projek ini masih dalam proses percubaan sebelum dapat dilaksanakan secara komersial.


"Kami juga merancang projek penternakan ikan siakap dalam sangkar. Sekarang kami sedang menunggu penghantaran sangkar ternakan ikan sungai untuk peringkat percubaan dulu.

"Setelah mencapai saiz tertentu, ikan akan dipindahkan ke tangki penternakan untuk menghilangkan bau lumpur. Kami sudah berpengalaman untuk menyah bau ikan dan ia diterima baik oleh pelanggan," kata Ivan.


Tambah Ivan, secara tradisional, ikan yang diternak dalam sangkar kurang berkualiti kerana pencemaran dan kurang penyelenggaraan.

Bagaimanapun, kos menternak ikan dalam sangkar lebih rendah berbanding penternakan dalam tangki.

Namun, risiko lebih tinggi dan kadar hidup lebih rendah jika dibandingkan dengan ikan yang dibesarkan dalam tangki.

Ivan turut mengalu-alukan pengusaha hatceri untuk membekalkan benih bagi tiga spesies ikan utama iaitu tilapia, kerapu dan siakap untuk projek penternakan ini memandangkan projek ini tidak melibatkan kerja-kerja pembenihan ikan.

Buat masa ini, katanya, benih ikan bersaiz empat inci hingga lima inci dibeli dari penternak di Besut, Terengganu.


Sumber: Dipetik dan disesuaikan dari Inovasi-AgroBiz,Utusan Malaysia ,Jumaat 6 Ogos 2010


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kembali ke muka depan

Puyoo! Best la Terengganu. Terengganu Tetap Di Hati


web page counter