TERENGGANU NEGERI INDAH,TERENGGANU NEGERI MAKMOR,TERENGGANU NEGERI PENUH TRADISI,TERENGGANU KAYA ADAT DAN BUDAYA,TERENGGANU SARAT DENGAN DESTINASI PELANCONGAN,TERENGGANU MENGHIDANG SERIBU SATU MACAM KEISTIMEWAAN UNTUK DINIKAMTI, SEKALI SINGGAH PASTI TERENGGANU AKAN TETAP DI HATI   

Showing posts with label Keropok lekor. Show all posts
Showing posts with label Keropok lekor. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

Keropok Losong Sebagai Satu Jenama

Sebut keropok Losong, semua orang tahu ia merupakan produk yang sangan dikenali di Terengganu.

Bila datang ke Terengganu sebolehnya buah tangan yang hendak dibawa pulang ialah keropok Losong.

Keropok Losong sememangnya telah terkenal sebagai satu jenama produk negeri Terengganu.

Keistimewaannya dikatakan kerana kelembutan dan keenakannya.Keropok Losong dikatakan mempunyai kuantiti ikan yang lebih berbanding keropok lain.

Gerai keropok Losong.
Kalau datang ke Terengganu jangan lupa singgah membeli keropok Losong.

Saturday, August 21, 2010

Keropok Lekor Senonim dengan Terengganu

Sebut keropok lekor, ingat Terengganu.Begitu juga bila sebut Terengganu, teringat keropok lekor.

Begitulah senonimnya keropok lekor dengan Terengganu.Memang ada kelainannya keropok lekor Terengganu dengan keropok lekor tempat lain. Baik dari segi rasa,keenakannya,lembut dan yang paling membezakannya ialah bila dimakan terasa isi ikannya.

Keropok lekor siap untuk dijual segar, kira batang.



Keropok lekor panas,panas, baru naik dari periuk rebusan.

Tidak sah ke Terengganu kalau tak makan keropok lekornya. Malah setiap kali pergi Terengganu, buah tangan wajib bawa balik ialah keropok lekornya.


Yang ni memang dah sedia dimakan, panas baru angkat dari kuali.

Sebagai orang luar Terengganu, saya akui makanan ini memang mudah diperolehi.Di mana-mana kita pergi kita boleh dapatkannya.Sama ada yang siap digoreng dan terus makan atau yang masih segar dan bungkus, goreng sendiri di rumah.


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kembali ke muka depan

Puyoo! Best la Terengganu. Terengganu Tetap Di Hati


web page counter