TERENGGANU NEGERI INDAH,TERENGGANU NEGERI MAKMOR,TERENGGANU NEGERI PENUH TRADISI,TERENGGANU KAYA ADAT DAN BUDAYA,TERENGGANU SARAT DENGAN DESTINASI PELANCONGAN,TERENGGANU MENGHIDANG SERIBU SATU MACAM KEISTIMEWAAN UNTUK DINIKAMTI, SEKALI SINGGAH PASTI TERENGGANU AKAN TETAP DI HATI   

Showing posts with label Memori Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Memori Terengganu. Show all posts

Monday, July 5, 2010

Muzium Terengganu

Muzium Terengganu merupakan muzium terbesar di Malaysia.

Muzium Terengganu telah dirasmikan pada 20 April 1996 Bersamaan 2 Zulhijjah 1416 oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu.

Meliputi kawasan seluas 27 hektar, kompleks ini mempunyai keluasan lantai keseluruhan berjumlah 75,075 meter persegi.







Terdiri dari 4 blok bangunan Muzium Utama, kompleks ini juga mempunyai muzium maritim, 5 buah rumah tradisional serta kawasan landskap.

Antara galeri yang terdapat di bangunan utama ialah Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri Diraja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Petroleum, Galeri Ilmu Kejadian.

Di Muzium Maritim pula terdapat 2 galeri iaitu Galeri Perikanan dan Taman Laut serta Galeri Pelayaran dan Perdagangan.

Bagaimana untuk mergi ke Muzium Terengganu?

Sekiranya anda menggunakan kenderaan sendiri dan ingin menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, anda boleh mengikuti panduan berikut:

- Teksi ( dari Perhentian Teksi Kuala Terengganu )- mengambil masa 10 minit perjalanan.

- Teksi ( dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ) - mengambil masa 15 minit perjalanan.


Waktu Melawat

SABTU - KHAMIS : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

JUMAAT : TUTUP

KELEPASAN AM/HARI RAYA/RAYA HAJI : Tutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua



Lokasi

Muzium Teremgganu,
Bukit Losong,
20566 Kuala Terengganu,
Terengganu,Malaysia.

Laman web: http://museum.terengganu.gov.my

Tel: 609-622 1444
Fax: 609-623 1209

Monday, June 14, 2010

Memori Terengganu

Memori Terengganu membawakan kepada anda catatan kenangan dan memori indah di Terengganu.

Catatan Memori Terengganu ini berdasarkan pengalaman individu dipersembahkan sebagai kenangan yang menjadikan Terengganu tetap di hati.Keunikan dan keindahan Terengganu menggamit rasa hingga hati terpaut dan jatuh cinta dek panorama dan keindahan alam, budaya dan pekerti penduduknya, terpegun dengan kehalusan seninya, terliur dengan keenakan masakannya. Jom selusuri Memori Terengganu untuk merasai sama keindahan kenangan di Terengganu.

Terima kasih saya kepada semua individu yang sudi berkongsi cerita dan pengalaman untuk dipaparkan dalam blog ini.

Semoga setiap catatan Memori Terengganu dapat memberi manafaat dan sedikit sebanyak info untuk mereka yang bercadang untuk ke Terengganu Darul Iman.

"Terengganu Tetap Di Hati"

..........................................................................................................................................................................

Hola! hola! Terengganu memory presents information about the beauty and privilege in the state. Vacation on the beach, island resorts, unique culture, delicious food, refined craft, superior accommodation, all to draw your arrival!


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kembali ke muka depan

Puyoo! Best la Terengganu. Terengganu Tetap Di Hati


web page counter