TERENGGANU NEGERI INDAH,TERENGGANU NEGERI MAKMOR,TERENGGANU NEGERI PENUH TRADISI,TERENGGANU KAYA ADAT DAN BUDAYA,TERENGGANU SARAT DENGAN DESTINASI PELANCONGAN,TERENGGANU MENGHIDANG SERIBU SATU MACAM KEISTIMEWAAN UNTUK DINIKAMTI, SEKALI SINGGAH PASTI TERENGGANU AKAN TETAP DI HATI   

Wednesday, September 29, 2010

Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk merupakan pantai cantik terletak berhampiran Bandaraya Kuala Terengganu.Pantai berpasir putih halus ini sangat popular kepada pengunjung yang datang ke Terengganu.



Banyak keistimewaan pantai Batu Buruk ini. Selain kita dapat bersiar-siar sambil menghirup udara segar Laut Cina Selatan dengan diiringi irama alunan ombaknya,kita dapat menyaksikan pelbagai aktiviti riadah dilakukan oleh pengunjung.Antara aktiviti yang sering dapat diperhatikan adalah aktiviti berkuda,bermain layang-layang,bola sepak dan pelbagai permain lain yang menyeronokkan.Di samping itu disediakan juga padang permainan untuk kanak-kanak.

Di pangtai Batu Buruk ini juga kita boleh menjamu selera, sama ada makanan tradisional seperti keropok lekor dan nasi dagang mahupun makanan segera seperti KFC dan A&W.

Satu lagi perkara menarik yang terdapat di pantai Batu Buruk ialah Pasar Lambak (kata orang Johor) atau Pasar Malamnya.Pasar ini diadakan pada setiap hari Jumaat petang bermula pukul 3.oo petang.Kita akan dapat saksikan gerai jualan di sepanjang pantai Batu Buruk,jenuh juga kaki menghabiskan perjalanan dari hujung ke hujung kawasan pasar malam tersebut.

Pantai ini juga berhampiran hotel penginapan seperti Hotel Primula.Kalau menginap di kawasan banda raya Kuala Terengganu pun tidak terlalu jauh, lebih kurang 1 kilometer saja.

2 comments:

  1. Amat bersesuaian dengan kata-kata Terengganu Kita ! Kita untuk semua. Masih kekal dengan keindahan dan nilai-nilai estetikanya.

    ReplyDelete


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Kembali ke muka depan

Puyoo! Best la Terengganu. Terengganu Tetap Di Hati


web page counter